Home | Sitemap | Contact Us | Login      
Loading
   

MPS Announcements, Articles & News alerts

Title: iBulletin170526
Date: 26-May-2017
Category: iBulletin

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Dear Members

Ramadhan month has begins tomorrow, and I would like to take this opportunity to wish our Muslim members a happy fasting month on behalf of MPS.

Selamat berpuasa! Have a blessed Ramadhan!

MySocietyMyPassion
AMRAHI BUANG
Malaysian Pharmaceutical Society


PUASA DAN PENGAMBILAN UBAT-UBATAN

Bulan ramadhan menjelang tiba. Bagi golongan pesakit kronik yang beragama islam, kehadiran bulan puasa ini membawa banyak persoalan perubatan yang berlegar dalam minda mereka. Bagaimana cara untuk  menukar dos pada siang hari dalam bulan Ramadan? Adakah puasa akan menyebabkan kesan ubat bertambah atau berkurang? Adakah pemakanan dalam bulan puasa akan menganggu penyerapan ubat?

Puasa adalah rukun islam ketiga yang wajib dilakukan oleh setiap umat islam dalam bulan Ramadhan. Puasa bermaksud menahan diri daripada lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.

Namun, berdasarkan firman Allah S.W.T dalam ayat 184 surah Al-Baqarah, pesakit-pesakit yang uzur adalah diharuskan untuk meninggalkan puasa jika mereka tidak mampu melakukannya atau penyakit yang dihidapi memberi kesan yang tidak baik kepada tubuh badan.

Oleh itu, jika penyakit itu berupa sementara dan tidak berpanjangan, pesakit perlu menggantikan puasa mereka (qadha’) setelah mereka kembali sihat pada bulan-bulan selepas ramadhan. Bagi penyakit yang kekal, pesakit perlu membayar fidyah bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan.

Islam itu mudah dan indah. Kewajipan berpuasa ke atas umat islam seharusnya tidak menjadi beban terhadap pesakit untuk menjalani ibadah tersebut disamping mengekalkan kepatuhan kepada ubat-ubatan yang dipreskrib oleh doktor.

Mengikut Panduan Berpuasa Bagi Pesakit yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2009, antara ubat atau penggunaan ubat yang tidak membatalkan puasa adalah penggunaan ubat titis mata, ubat titis telinga, ubat bawah lidah yang tidak ditelan (Glyceryl TriNitrate, GTN), semua jenis ubat dalam bentuk suntikan, ubat kumur, ubat semburan hidung dengan syarat ia tidak disedut dan ubat bius setempat (local anasthesia).

Majlis Fatwa kebangsaan juga turut menyenaraikan ubat-ubatan yang boleh membatalkan puasa seperti penggunaan ubat sedut (inhaler) bagi pesakit lelah, ubat suppositori (ubat dimasukkan ke dalam faraj atau dubur) dan ubat bius seluruh badan (general anasthesia).

Berdasarkan kajian semasa, kebanyakan pesakit mengubah masa pengambilan ubat, bilangan dos yang perlu diambil, jarak masa antara dos dan jumlah dos dalam sehari sepanjang bulan Ramadhan tanpa mendapatkan nasihat pakar. Amalan seperti ini jika dilakukan dalam bulan Ramadhan boleh menyebabkan kegagalan kepada rawatan yang diberi serta meningkatkan risiko komplikasi penyakit.

Berikut adalah cadangan panduan ringkas pengambilan ubat semasa bulan Ramadhan.

Kekerapan Masa pengambilan
Sebelum makan Selepas Makan
Sekali sehari Sebelum sahur Selepas berbuka
Dua kali sehari • Sebelum sahur
• Selepas berbuka, sebelum mengambil menu utama
• Selepas bersahur
• Selepas berbuka
Tiga kali sehari • Sebelum sahur
• Selepas berbuka, sebelum mengambil menu utama
• Sebelum tidur
• Selepas bersahur
• Selepas berbuka
• Sebelum tidur
Empat kali sehari Bergantung kepada jenis penyakit atau dapatkan nasihat untuk alternatif lain jika ingin berpuasa. Sila rujuk ahli farmasi anda

Sekali sehari

Bagi pesakit yang hanya memerlukan pengambilan ubat sekali dalam sehari, penyelesaian paling mudah adalah mengambilnya pada waktu malam. Kesan terapeutik bagi ubat tersebut akan kekal walaupun pesakit berpuasa pada siang hari. Namun begitu, pesakit perlu mendapatkan penerangan daripada doktor ataupun ahli farmasi. Bagi ubat yang memerlukan pengambilan semasa perut kosong (sebelum makan), pesakit boleh mengambilnya sebelum sahur.

Dua kali sehari

Bagi ubat yang memerlukan pengambilan ubat sebanyak dua kali sehari selepas makan, waktu pengambilan boleh ditukar kepada selepas berbuka dan selepas sahur. Namun begitu, bagi ubat yang memerlukan pengambilan semasa perut kosong, ubat tersebut boleh dimakan sebelum sahur. Semasa waktu berbuka, pesakit disaran untuk berbuka dengan sedikit manisan (kurma atau buah-buahan) kemudian menunaikan solat fardhu maghrib dan seterusnya mengambil ubat sebelum menikmati menu utama.

Tiga kali sehari

Secara ringkasnya, ubat yang memerlukan pengambilan sebanyak tiga kali sehari, cara pengambilan ubat adalah sama seperti pengambilan sebanyak dua kali sehari. Namun, bagi dos yang ketiga, pesakit boleh mengambilnya sebelum tidur.

Makanan dan ubat

Secara umumnya, tindakbalas antara makanan dan ubat yang diambil mungkin boleh menyebabkan kandungan ubat dalam darah akan berkurang, lambat ataupun bertambah. Semua ini bergantung kepada sifat kimia dan fizikal ubat, formulasi, jenis makanan yang diambil dan jarak masa antara ubat dan pemakanan. Kesan ubat mungkin akan bertambah dalam bulan puasa kerana perubahan yang berlaku terhadap rentak pemakanan dan komposisi makanan yang diambil.

Diabetes dan hipoglisemia

Bagi pesakit kencing manis / diabetes mellitus, perhatian yang lebih terperinci perlu diberikan oleh pesakit berkaitan pengambilan ubat semasa bulan puasa. Selain daripada penukaran kekerapan pengambilan dan perubahan dos ubat, pesakit juga perlu mengetahui tanda-tanda paras gula dalam darah adalah rendah atau dikenali juga sebagai hipoglisemia. Hipoglisemia berlaku apabila paras gula dalam darah adalah 4.0mmol/L dan ke bawah.

Antara tanda-tanda kekurangan gula dalam darah adalah; pesakit boleh merasa lemah, jantung berdebar-debar, berpeluh dengan sangat banyak, menggigil, pening, lapar dan mengalami gangguan emosi (seperti mudah marah). Jika pesakit tidak diberikan rawatan dengan segera, pesakit dalam keadaan hipoglisemia boleh pengsan atau koma. Justeru, jika mengalami tanda-tanda hipoglisemia, adalah disarankan agar pesakit terus berbuka puasa dengan mengambil setengah cawan air manis atau makan tiga biji gula-gula. Sekiranya tanda-tanda hipoglisemia masih berlanjutan selepas 15-20 minit, langkah tersebut boleh diulangi.

Panduan pemakanan ubat ini adalah secara umum dan pesakit dinasihatkan agar berbincang dengan doktor dan ahli farmasi untuk mendapatkan arahan yang lebih spesifik mengikut keperluan pesakit semasa dalam bulan puasa.

Walau bagaimanapun perlu ditekankan bahawa agama Islam lebih mengutamakan kesihatan dan nyawa seseorang pesakit. Maka, jika terdapat halangan daripada aspek kesihatan untuk terus berpuasa, pesakit diharus untuk berbuka puasa dan menggantikannya setelah kesihatan pulih (qadha’) ataupun membayar fidyah.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat, pengguna ubat atau orang awam  boleh menghubungi  Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1-800-88-672

This article first appeared in Harian Metro in 2016 and is authored by Mr Rosdi Md Zin from Hospital Melaka.


 

MPS-USM-PHARMACY SCIENTIFIC CONFERENCE 2017

The 13t MPS Pharmacy Scientific Conference shall take place from 3-5 Nov 2017 with the theme ?50 & Fabulous: Looking Back on the Journey, Embracing the Future?

Invitation is now open for both oral and poster presentation and the dateline for abstract submission is 31st July 2017

Registration is also open with an early bird fees till 31st August 2017. Online registration is encouraged

>>> www.mps.org.my/mpspsc2017


Welcome Message from Chairman of the Organising Committee

On behalf of the organizing committee, I am delighted to welcome all the delegates and their guests to Penang for the 13th Malaysian Pharmaceutical Society Pharmacy Scientific Conference (MPS-PSC 2017). The conference will be held from 3rd till 5th November 2017 at the Bayview Beach Resort in Penang Island. Bearing the theme of "50 & Fabulous: Looking back on the journey, embracing the future", this year?s conference will be a special occasion for the MPS in celebration of 50 years of achievement since its establishment back in 1967.

We hope you will take this opportunity to plan and attend the conference to share, celebrate and together create a new history for the pharmacy profession in Malaysia. The organising committee is gratified to have a line-up of highly renowned speakers consists of experts who agreed to shed light on research and issues that shape our pharmacy profession. Various programmes consisting of keynote, plenary, sponsored session have been assembled. Additionally, there will also be opportunities for students, researchers and practitioners to share their research and contribution towards the success of our professions through oral and poster presentations.

We hope this conference will offer participants a platform to exchange ideas, discover novel opportunities, reacquaint with colleagues, meet new friends and broaden their knowledge.

The local organizing committee members from Universiti Sains Malaysia are looking forward to welcoming you at the conference in Penang, The Pearl of the Orient!

Balamurugan Tangiisuran, PhD
Chairman, Organising Committee


DIABETES MEDICATION THERAPY ADHERENCE CLINIC (DMTAC) ONLINE MODULE

The Malaysian Academy of Pharmacy, in collaboration with the MPS, and with the assistance with the Pharmaceutical Services Division, organised a Community Pharmacist Training Program based on the Ministry of Health Diabetes Medication Therapy Adherence Clinic in 2016.

This program provide a guide for pharmacists in the course of managing diabetic patients during DMTAC sessions, and will provide a standardization of practice and hope to establish DMTAC services throughout the country by community pharmacy, in addition to the well-established and major DMTAC services carried out by the Ministry of Health.

Special thanks to the speakers and authors Mr Albert Ting Siong Hung, Ms Ching Min Wei, Ms Malathi a/p Sriraman @ Jayaraman and Mr Navin Kumar a/l Loganadan who made these presentations possible.

The lectures for the course is now available online and consists of 5 chapters, and carry 8 CPD points (Category A8). It is available free to members.


CLINICAL PRACTICE GUIDELINES ON TREATMENT OF TOBACCO USE DISORDER

The latest CPD on Treatment of Tobacco Use Disorder has been finalised and is available for download from the Malaysian Academy of Pharmacy website.

There is a Quick Reference Guide for Healthcare Professionals that will have 11 Key Messages, Algorithm for treatment of tobacco use disorder, Modified Fagerstrom Test, 5A?s Strategy for Brief Intervention, STAR Method, 5R?s Approach, Motivational Interviewing Strategies, and Pharmacological Intervention proposals.

The main CPG will have more details and information on the Treatment.

>>> www.acadpharm.org.my


MPS MEMBERSHIP RENEWAL (LAST EXCHANGE DATE IS 31ST MAY FOR THE GIFT VOUCHER)

Members are encouraged to renew their membership as soon as possible. As an appreciation of your prompt payment, a bottle of Surbex Bio C Plus (60's) worth RM 88/- is waiting for you for each renewal or new membership (Ordinary / PRP / FRP / Associate included), which is contributed by Abbott Laboratories.

Current Life and Fellow members of the Society automatically qualify for this free gift. There is no need for any action from your part and the voucher will be sent to you.

The date to claim this gift is till 31st May 2017.

>>> http://www.mps.org.my/newsmaster.cfm?&menuid=37&action=view&retrieveid=7466


MOUNT KINABALU CLIMB

In conjunction with the MPS 50th Anniversary, there will be a Mount Kinabalu Climb on 25th August 2017.

The objective will be to promote a climb towards a healthier lifestyle.

To take part in the Climb you will need to be fit. Special training and guidelines will be organised by the organising team soon to bring up the fitness of the climbers

To smoothen the journey to take part in the climb, you will be assisted in the bookings of accommodation in the National Parks and on the mountain. Transportation is also arranged to ferry the climbers from Kota Kinabalu to climb site and return. Mountain gears and porters are also being arranged to assist the climbers

>>> Please visit the MPS website for the Program, climb map, indemnity form and booking form


VACANCY

  • Pharmacist / PMG Pharmacy Sdn Bhd / Sabah (Papar,Tuaran, KK) / Sarawak (Sri Aman) / please email your resume to pmedicareg@gmail.com or contact Mr Hwang at 017-7782766
  • Pharmacist / Samad Pharmacy / Seri Kembangan / Please email resume to hr@dahbali.comfor interview appointment
  • Pharmacist / Amber Pharmacy Sdn Bhd / Johor (Nusajaya) / Email resume to jayne@amber-pharmacy.comor call 07-510 4577 for more information.
  • Pharmacist / Herocare Pharmacy (Tebrau City,JB) / please email resume to to sweeli.herocare@gmail.comor call at 0122215421.


[ Back ] [ Print Friendly ]





Copyright © 2002 - 2017 Malaysian Pharmaceutical Society. All Rights Reserved.   Web Management

Powered by CORNERSTONE CONTENT MANAGEMENT SYSTEM