Home | Sitemap | Contact Us | Login      
Loading
   

From the President's Desk

Title: PFM: Saranan 'Kiddies Pack' Oleh Persatuan Peniaga Kedai Kopi Adalah Langkah Yang Bertentangan Dengan Usaha Mengurangkan Gejala Merokok
Date: 02-Sep-2017

PRESS RELEASE

PFM: Saranan 'Kiddies Pack' Oleh Persatuan Peniaga Kedai Kopi Adalah Langkah Yang Bertentangan Dengan Usaha Mengurangkan Gejala Merokok

for IMMEDIATE RELEASE

2 September 2017, Puchong, Malaysia - Berkaitan saranan Persatuan Peniaga Kedai Kopi untuk mengembalikan pek bersaiz kurang daripada 20 batang (kiddies pack) ke pasaran Malaysia untuk mengurangkan gejala rokok haram, Persatuan Farmasi Malaysia (PFM) memandang serius akan saranan ini kerana PFM berpendapat bahawa terdapat dua isu yang berbeza iaitu isu saiz pek rokok dan isu rokok haram.

Selaras dengan usaha-usaha kerajaan untuk mengurangkan gejala merokok di negara ini, tindakan untuk mengembalikan pek kurang daripada 20 batang ini adalah satu tindakan yang kebelakang dan tidak memanfaatkan rakyat dan negara.

Sebagai salah satu pihak berkepentingan untuk mengurangkan gejala merokok di Malaysia, PFM berpendapat bahawa usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan yang mengharamkan “kiddies pack” pada tahun 2006 harus diteruskan dan diberi sokongan oleh semua pihak.

Sewajarnya kerajaan memberikan komitmen untuk negara ini menjadi sebuah negara bebas-rokok pada tahun 2030 atau ke satu tahun yang menasabah. Terdapat negara-negara di dunia yang telahpun mempunyai sasaran tersebut seperti New Zealand, Singapura dan Bhutan.

PFM juga menyarankan kerajaan agar menjalankan pemantauan yang lebih rapi terhadap gejala rokok haram yang diseludup masuk ke dalam negara oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab. Apabila dilihat dari perspektif penggunaan keseluruhan, 60 peratus rokok di negara ini adalah dari kegiatan rokok haram. Ini bermakna Malaysia telah dibelenggui pandemik merokok secara haram. Oleh kerana harga rokok haram yang lebih murah, bilangan pengguna bawah umur juga telah meningkat.

PFM menyarankan agar undang-undang berkaitan diperketatkan agar pihak-pihak yang terbabit dalam rantaian bekalan rokok haram dikenakan hukuman yang lebih berat daripada sekarang samada dalam bentuk penjara yang lebih lama atau denda yang lebih banyak.

PFM akan bekerjasama rapat dengan kerajaan agar usaha-usaha untuk mengurangkan ketagihan terhadap rokok dan rokok elektronik dapat dilakukan di negara ini.

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) 2015.
diianggarkan lima juta rakyat Malaysia, atau 22.8 peratus daripada penduduk Malaysia adalah perokok. Manakala menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 600,000 orang mati setiap tahun kesan daripada pendedahan kepada merokok atau asap rokok secara pasif dan sebanyak 28 peratus mangsa adalah kanak-kanak.

PFM adalah salah satu pihak berkepentingan untuk kempen mengurangkan ketagihan terhadap rokok dan rokok elektronik. Ahli-ahli farmasi yang terlatih dalam aktiviti mQuit bersedia untuk memberikan khidmat berhenti merokok di kalangan para pesakit dan pengguna.

 

 

 



[ Back ] [ Print Friendly ]





Copyright © 2002 - 2017 Malaysian Pharmaceutical Society. All Rights Reserved.   Web Management

Powered by CORNERSTONE CONTENT MANAGEMENT SYSTEM